Blogger Templates

Sunday, August 21, 2011

keseorangan..;(

sdih sgt2 hri nie...apa aku wt smua kna sorg2...td blik poli pn sorg2..
dh 2 kna hjn dri jitra smpai prls....
mcm nk dmam dh nie...sjukkkkk...
sampai ja poli aku p la blik kwwn2 aku..
ktuk pntu tp x bka..
x pa la aku nek blik aku dlu..
smpy kt blik aku cll dpa x agkt..
lps 2 mier cll ckp dpa bka posa kt umh mk angkt..
aduuuhhhh...mcm nk triak ja aku...kna bka posa sorg2..
nie first tme aku bka posa sorg2...sdih oo...
tp nk wt mcm mn lg...rdha je lh...dh nsb kn.... :(

Thursday, August 18, 2011

hati....

Duhai hati... Mengapa perlu engkau bersedih? Mengapa perlu engkau tangisi sesuatu yang sudah bukan lagi milikmu? Mengapa engkau selalu memikirkan tentang sesuatu yang bukan merupakan hal ehwal urusanmu? Mengapa engkau selalu mahu menyalahi takdir? Mengapa engkau selalu sukar menerima hakikat realiti? Mengapa engkau sukar mengerti dan memahami apa yang sedang berlaku? Wahai sang hati... Andai engkau mengetahui betapa hebat aturan-Nya, Pasti engkau akan sabar pada pukulan pertama di atas badai yang melanda dirimu, Pasti engkau akan redha di atas setiap percaturan-Nya, Pasti engkau akan yakin dan percaya akan setiap tindakan-Nya ke atasmu hamba yang lemah lagi hina. Kadangkala kita terlalu inginkan sesuatu, Tetapi Dia lebih mengetahui, Kerana barangkali apa yang engkau suka itu tidak baik bagimu, Dan barangkali sesuatu yang engkau tidak suka itu baik bagimu, Hebatnya perancangan Rabbul Izzati. Aduhai kalbu... Nalurimu meraung-raung sekuat hati demi menggapai secebis keinginanmu, Dan apabila kau berjaya untuk mendapatkannya, Kau jadi lupa kepada yang memberikanmu nikmat itu, Maka kau layari bahtera yang terumbang-ambing itu demi kepuasan dirimu, Malangnya tiba suatu masa, Engkau tersungkur di persada jalanan dek kerana terlalu ghairah mengejar duniawi, Tatkala itu barulah engkau mula mengenal sang Pencipta. Jatuh tersungkur itu bukan buat selama-lamanya, Namun itulah api yang menyemarakkan nyalaan obor hatimu, Itulah perisai diri yang mula untuk memagari dirimu, Tatkala itu pasti engkau terkedu seketika, Betapa pintu pengampunan-Nya masih terbuka luas buatmu. Wanita solehah idaman semua... Untuk merealisasikannya bukan satu perkara yang mudah, Tetapi ianya sama sekali tidaklah mustahil, Ayuh kita menjadi seindah mawar berduri.